Pelajar, ibu bapa, guru dan staf swasta diberikan pengiktirafan pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2020 yang diadakan pada Rabu, 26 Ogos 2020. Yang Berhormat Dato' Abdul Razak bin Ab. Said, ADUN Gemas telah merasmikan dan menyempurnakan penyampaian sijil dan anugerah kepada semua penerima anugerah. Turut hadir ialah Tuan Alias bin Abdul Samad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gemas.
Dalam program ini, anugerah diberikan kepada pelajar, guru, staf sokongan dan pekerja swasta yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum bagi tahun 2019. Antaranya ialah pelajar yang mencapai prestasi cemerlang SPM dan STPM serta pelajar yang mencapai prestasi cemerlang kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Turut menerima penghargaan ialah ibu bapa yang banyak membantu menjayakan program-program sekolah. Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah.