Alamat : SMK Tuanku Abdul Rahman, 73400 Gemas, Negeri Sembilan
Telefon : 07-9481055
Faks : 07-9485792
Blog Sekolah: smktarjuara.blogspot.com
Blog Asrama : perwirakustarjuara.blogspot.com
Facebook Sekolah : https://www.facebook.com/SMKTuankuAbdulRahmanStar
Facebook Asrama :
https://www.facebook.com/groups/astargemas

Carian Blog

Info


Pentadbiran Sekolah
Pengetua : En. Nor Amai Sham bin Mohd. Nor
Penolong Kanan Pentadbiran : En. Syed Naseer bin Syed Mohideen
Penolong Kanan HEM : Pn. Sakdiah binti Mohd. Kassim
Penolong Kanan Kokurikulum : Pn. Endera Yati binti Sukirman
Penolong Kanan Pend. Khas : Pn. Saniah binti Mamat
Penolong Kanan Ting. 6 : Pn. Norasyikin binti Mohd. Aris
GKMP Bahasa : Pn. Faridah binti Ghazalli
GKMP Kemanusiaan : Pn. Mazliani binti Yusoff
GKMP Sains dan Matematik : Pn. Yeo Peck Yoke
GKMP Teknik dan Vokasional : Pn. Sheela Devi a/p Sankaran

VISI

Pendidikan Berkualiti

Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkanIagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 

FALSAFAH SEKOLAH
SMK TUANKU ABDUL RAHMAN ialah sebuah institusi pendidikan yang berpotensi mendidik pelajar ke tahap paling tinggi dan boleh mencapai kecemerlangan akademik, akhlak dan peribadi. 

MOTO SEKOLAH
Belajar Untuk Memimpin 

SLOGAN
STAR JUARA  

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SMK Tuanku Abdul Rahman dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :  
Ø  Menyayangi semua pelajar. 
Ø  Memberi apa-apa yang baik.
Ø  Berusaha selagi daya.Ø  Memberi perkhidmatan dan layanan mesra kepada setiap tetamu.
Ø  Memberi perhatian dan tindakan sebaik mungkin terhadap kes-kes kemalangan dan kesihatan yang berlaku kepada pelajar-pelajar di dalam kawasan sekolah. 
Ø  Mengamalkan tatacara kawalan disiplin yang sesuai dan adil kepada pelajar. 
Ø  Bersedia mengatur dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa tentang kemajuan pendidikan pelajar, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. 
Ø  Sentiasa menerima cadangan dan pandangan yang positif untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan sekolah.


SEJARAH SEKOLAH
     Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947 di kawasan kereta api Tanah Melayu (English Primary School) dengan bilangan pelajar seramai 20 orang yang terdiri daripada berbilang kaum.
        Jepun telah menubuhkan sekolah beratap nipah terdiri daripada tujuh kelas, 2 orang guru dan seorang Pengetua iaitu A.M. Francis. Jumlah pelajar bertambah kepada 40 orang dan tiga orang guru. Kegiatan kokurikulum cuma dalam bidang sukan. Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke Jalan Tok Sulong dengan kelengkapan 12 bilik darjah dan sebuah makmal yang tidak lengkap. Kelas ketika itu adalah dari darjah 7 dengan tenaga pengajar seramai 30 orang pada tahun 1953.
      Pada tahun 1960, barulah Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman didirikan. Sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 25 buah bilik darjah, makmal dan pejabat. Pengetuanya ialah V.Krishna.

HARAPAN SEKOLAH 
1. Semua warga sekolah bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal
2. Keselamatan semua harta benda warga sekolah terjamin
3. Setiap orang harus bersikap positif terhadap kebolehannya
4. Mendapat kerjasama orang lain semasa menjalankan tugas
5. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang, sosioekonomi dan jantina
6. Warga sekolah mendapat layanan adil dan saksama
7. Setiap warga sekolah patut dihormati dan dihargai
8. Warga sekolah bebas dari sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit
9. Sekolah selamat kepada semua
                                                    

No comments:

Post a Comment