Kejayaan SMK TAR boleh dilihat dalam blog ini, pada setiap entri mengikut topik yang bertajuk Kejayaan Akademik, Kejayaan Daerah, Negeri, Kejayaan Kebangsaan dan Kejayaan Antarabangsa. Juga, di Entri Anugerah.
Kejayaan SMK TAR bukan sahaja dalam bidang akademik, bahkan dalam bidang sukan dan kokurikulum turut dibuktikan oleh pelajar-pelajar SMK TAR. Komitmen guru, staf dan pelajar amat bermakna dalam semua kejayaan.
Antara kejayaan utama di bidang sukan ialah dalam permainan bola baling, bola keranjang, badminton, ping pong, bola jaring dan boling tenpin.
Dalam bidang koakademik, Kelab Robotik SMK TAR adalah paling menonjol dengan kejayaan peringkat negeri dan penyertaan sehingga ke peringkat kebangsaan.
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia pula paling mantap bagi badan beruniform apabila setiap tahun, berjaya ke peringkat kebangsaan mewakili Negeri Sembilan.
Kebitaraan sekolah pula adalah tumpuan terhadap beberapa perkara seperti di bawah:
Kebitaraan Sekolah
No comments:
Post a Comment