1. Siapakah Pengetua sekolah kini?
Pengetua sekolah ialah En. Nor Amai Sham bin Mohd. Nor. Mulai berkhidmat di SMK TAR pada pertengahan November 2018.
2. Apakah status sekolah ini?
Sekolah ini Gred A Sekolah Harian Biasa, kategori Sekolah Luar Bandar. Terdapat pelajar aliran perdana (Peralihan, Ting. 1 -5), Tingkatan 6 dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ada asrama harian dengan kapasiti 150 orang.
3. Bagaimanakah pencapaian akademik khususnya SPM di sekolah ini?
Pencapaian GPS SPM 2017 adalah 5.17 manakala pada tahun 2018 ialah 5.25. GPS SPM adalah 5.64 pada tahun 2016. Antara subjek terbaik ialah Prinsip Perakaunan dengan GPMP 2.56 (2017)
4. Bagaimanakah pencapaian akademik STPM di sekolah ini?
Pencapaian STPM 2017 merupakan antara yang terbaik. PNGK 2017 adalah 3.07 manakala PNGK 2018 ialah umj2.99. SMK TAR berada di kedudukan ketiga terbaik peringkat Negeri Sembilan.
5. Apakah keutamaan sekolah ini di bidang sukan?
Permainan bola baling, badminton, bola jaring dan bola tampar. Pencapaian bola baling sejak tahun 2017 amat baik dengan menjadi johan daerah berturut-turut.
6. Apakah keistimewaan sekolah ini dalam kelab dan persatuan?
Kelab Robotik merupakan kelab yang menempa nama di peringkat negeri dan kebangsaan.
7. Apakah badan beruniform yang paling berjaya?
Pasukan Kadet Bersatu ialah pasukan yang menonjol dengan pencapaian setiap tahun ke peringkat kebangsaan. Secara tradisi, unit Bulan Sabit Merah dan Pengakap merupakan unit yang aktif di peringkat sekolah dan daerah.
8. Apakah kejayaan khas sekolah ini?
Yang terbaharu ialah Anugerah Pengurusan Kantin Terbilang AITNS 2019. Juga, mendapat pengiktirafan Silver pada Anugerah Kantin Kebangsaan 2019. Pada tahun 2018, berjaya menerima Anugerah Terbilang Bilik BOSS peringkat negeri. Juga, seorang pelajar iaitu Mohd. Aiman bin Alias berjaya menerima Anugerah Pelajar Terbilang peringkat Negeri Sembilan (tempat ketiga) 2018.
No comments:
Post a Comment