Alamat : SMK Tuanku Abdul Rahman, 73400 Gemas, Negeri Sembilan
Telefon : 07-9481055
Faks : 07-9485792
Blog Sekolah: smktarjuara.blogspot.com
Blog Asrama : perwirakustarjuara.blogspot.com
Facebook Sekolah : https://www.facebook.com/SMKTuankuAbdulRahmanStar
Facebook Asrama :
https://www.facebook.com/groups/astargemas

Carian Blog

Thursday, 19 December 2019

Majlis Keputusan PT3 2019











Tahniah dan syabas kepada semua pelajar tingkatan 3 tahun 2019. Keputusan PT3 2019 diumumkan pada 19 Disember 2019. Tahniah kepada pelajar  terbaik yang memperoleh 9A (straight A) iaitu Nur AlFatihah binti Mohd Rastam Effendy.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan ucapan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, En. Johani Jemain.
Semoga semua pelajar terlibat akan bersemangat menempuh tingakatan empat 2020 dan mencipta kejayaan SPM 2021 pula.


Wednesday, 23 October 2019

Majlis Graduasi SMK TAR 2019




















Majlis Graduasi 2019 berlangsung dengan lancar pada 23 Oktober 2019. Pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas diraikan bersama ibu bapa/penjaga masing-masing. Tetamu utama ialah Tn Hj. Md Fiah bin Md. Jamin iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan Pendidikan Negeri Sembilan.
Seramai 135 orang pelajar tingkatan 5 dan 57 pelajar tingkatan 6 Atas terlibat. Diharapkan semoga mereka dapat menempa kejayaan pada SPM dan STPM tahun ini.

Friday, 11 October 2019

Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMK TAR 2019















Pada Jumaat 11 Oktober 2019, berlangsung Jamuan  Akhir Tahun Pengawas di Bayu Beach Resort, Port Dickson. program bermula jam 4.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Seramai 65 orang pengawas hadir. Majlis ini merupakan penghargaan kepada semua pengawas atas sumbangan dan komitmen mereka sepanjang tahun 2019. Syabas dan tahniah. Terima kasih kepada Cikgu Yumadina Yusof dan Ustaz Amir Imran Muhammad yang banyak membantu menguruskan program ini.

Saturday, 28 September 2019

Bengkel Add Maths GALUS Daerah Tampin 2019











Program Bengkel Matematik Tambahan GALUS peringkat daerah Tampin diadakan di SMK TAR pada Sabtu 28 September 2019. SMK TAR merupakan tuan rumah bagi program ini selaku Panitia Daerah Matematik Tambahan. Penyertaan seramai 80 orang pelajar tingkatan 5 seluruh daerah Tampin. Semoga bengkel ini berjaya memberi input yang berguna bagi semua pelajar terlibat.