Telefon : 07-9481055
Blog Asrama : perwirakustarjuara.blogspot.com
Carian Blog
Tuesday, 26 February 2019
Bola Jaring 2018 MSSD Tampin
Pasukan bola jaring Bawah 18 Tahun berjaya mendapat tempat ketiga kejohanan Bola Jaring Daerah 2019 dalam kejohanan yang berlangsung di SMK Bukit Jalor. Manakala, pasukan bola jaring bawah 15 Tahun berjaya ke peringkat suku akhir.
Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi.
Friday, 22 February 2019
Dialog Penjaga Asrama dan Pemilihan Jawatankuasa Waris Asrama 2019
Dialog Bersama Ibu Bapa
Pengetua memberi penerangan
Pelajar dan ibu bapa
Pemilihan jawatankuasa Waris Asrama dijalankan
Kaum ibu amat prihatin akan isu kebajikan pelajar asrama
Perbincangan yang telus demi kecemerlangan anak-anak
Ucapan Perasmian Majlis oleh pengetua
Ibu bapa dapat mengutarakan idea dan cadangan
Ahli jawatankuasa Waris Asrama 2019
Pada petang 22 Februari 2019, program dialog dan pemilihan jawatankuasa Waris Asrama diadakan di Dewan Makan Asrama. Sambutan ibu bapa amat menggalakkan. Pemilihan jawatankuasa waris Asrama berjalan lancar. Kemudian, ibu bapa dibenarkan melawat dorm anak-anak mereka.
Juara dan Naib Juara Bola Tampar 2019
Kedua-dua pasukan Lelaki bawah 15 dan 18 Tahun
Pasukan Bawah 18 tahun
Pasukan Perempuan Bawah 18 Tahun
Pasukan Bawah 18 tahun bersama guru dan jurulatih
Aksi menarik sebelum Final
Bersemangat untuk bertindak cemerlang
Penyampaian pingat oleh KPPD Tampin
Semasa persediaan masuk gelanggang
Pasukan Perempuan Bawah 15 tahun
Pasukan Bola Tampar Lelaki Bawah 15 Tahun berjaya menjadi juara kejohanan edisi 2019 menewaskan pasukan SMK Gemas. Sememangnya pencapaian terhebat kerana mereka menewaskan pasukan pilihan kejohanan ini.
Pasukan Lelaki Bawah 18 tahun dan pasukan Perempuan Bawah 15 tahun pula menjadi naib juara. Pasukan Perempuan bawah 18 Tahun juga hebat dengan mendapat ketiga.
Tahniah dan syabas. Terima kasih kepada jurulatih, Puan Norsahida Mohd. Puzi serta guru-guru dan pelajar-pelajar terlibat. Teruskan kehebatan SMK TAR.
Thursday, 21 February 2019
LDP Bersama Pn. Heng Jee Soon, Pegawai SIP+ PPD Tampin 2019
Perkongsian ilmu yang amat bermakna
Semua guru menghadiri LDP
Isu cabaran sebagai pendidik memang menarik
Guru-guru mendapat cetusan inspirasi dan idea untuk meningkatkan kerjaya
PAK21 dan Akauntabiliti Guru
sebagai fokus ceramah Pn. Heng Jee SoonPengetua menyampaikan Sijil Penghargaan
Warga SMK TAR menyahut cabaran bagi memastikan kecemerlangan sekolah
Menarik, bersemangat dan mencetuskan inspirasi. Begitulah impak LDP bersama Pn. Heng Jee Soon, Pegawai SIP+ PPD Tampin pada petang 21 Februari 2019. Beliau amat bersemangat menyampaikan ilmu dan berkongsi petua kejayaan sebagai pendidik yang berjaya. Pn. Heng Jee Soon yang akan bersara pada 27 Februari 2019, pernah bertugas di SMK TAR.
Cabaran dan Amanah sebagai Pendidik dalam Pendidikan Abad Ke-21 merupakan topik pembicaraan beliau. Guru-guru dapat menjadikan beliau sebagai tokoh pendidik yang boleh diteladani. Seterusnya, menjadi guru yang hebat dan cemerlang.Tuesday, 19 February 2019
Penetapan Target PT3, SPM dan STPM 2019
Ucapan Pengetua dan Yang Dipertua PIBG
Ibu Bapa yang hadir
Ibu bapa, guru dan pelajar berbincang target pelajar
Ke Arah Pencapaian Target setiap individu
Antara Ibu Bapa Yang Hadir
Anak dan Ibu Bapa Penentu Target masing-masing
Sambutan Ibu Bapa yang menggalakkan
Antara Pelajar STPM 2019
COCOSTAR digunakan sebagai instrumen penentuan target
Antara Pelajar PT3 2019
Tahniah dan syabas semua yang hadir
Ke Arah Mencapai KPI PT3, SPM dan STPM 2019
Majlis Penetapan Target PT3, SPM dan STPM 2019 berlangsung pada petang 19 Februari 2019. Ibu bapa pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas hadir bersama anak masing-masing untuk menyempurnakan penentuan target peperiksaan mereka.
Setelah mengetahui sasaran dan berbincang; ibu bapa, pelajar dan guru menandatangani penentuan target mereka.
Program dirasmikan oleh yang Dipertua PIBG, E. Mohd. Yusof bin Ismail.
Jom Ke Sekolah 2019
Merasmikan Papan Kenyataan PPS - Pegawai Perhubungan Sekolah
Papan Kenyataan PPS yang dirasmikan
Tuan Insp Mohd. Akram Rozali, PPS SMK TAR
merasmikan program
Pengetua berucap kepada pelajar
Pelajar mendengar ucapan Pengetua dan Perasmi
Ibu Bapa dan pelajar
Detik Selepas Menandatangani Sepanduk Khas
Penyampaian Sijil Kehadiran
Gur dan VIP yang badir
Pelajar memahami mesej program
Pengacara program
Jom Ke Sekolah. Semua sekolah diarahkan untuk mengadakan program Jom Ke Sekolah. Kehadiran Tuan Insp. Mohamad Akram amat dialu-alukan bagi membudayakan sikap rajin ke sekolah.
Selain itu, mewujudkan hubungan antara sekolah dan Polis di-Raja Malaysia bagi memastikan sekolah bebas daripada kes jenayah dan masalah ponteng sekolah.
Selain itu, mewujudkan hubungan antara sekolah dan Polis di-Raja Malaysia bagi memastikan sekolah bebas daripada kes jenayah dan masalah ponteng sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)