Tahniah dan Syabas. Hebat! SMK TAR berjaya menjadi naib johan (silver) Pertandingan Amalan Kantin Kebangsaan 2019 bagi kategori Video Generasi Farm Fresh.
Majlis penyampaian hadiah diadakan pada petang 27 Ogos 2019 di Hotel Aloft, Kuala Lumpur.
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menerima Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) 2019. Taklimat dan penyampaian surat tawaran diadakan pada jam 3.00 petang 26 Ogos 2019. Semoga mereka dapat memanfaatkannya sebaik mungkin untuk kecemerlangan anak-anak dan meringankan beban keluarga.
Pada 21 Ogos 2019, satu rombongan pentadbir, guru dan pelajar seramai 12 orang datang untuk Lawatan Penandaarasan Kantin Sekolah. Mereka ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk meningkatkan kualiti kantin. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke SMK TAR yang terletak jauh dari Port Dickson.
Pada pagi 20 Ogos 2019, pelancaran program 3K diadakan. Tahniah dan syabas kepada semua warga SMK TAR yang menyahut seruan untuk memastikan tahap keselamatan, kebersihan dan kesihatan di sekolah ke arah lebih baik dan berkualiti.
Amalan Terbaik Kantin dan Pemakanan Sihat. Kantin SMK TAR telah dikunjungi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Mendapat komen positif dan pujian atas amalan dan budaya kantin yang baik.
Sila klik URL http://bit.ly/31igx6C. Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Klik like dan beri komen anda.
Kantin SMK TAR bersih dan cantik, Makanan sihat menambat selera, Suasana indah ceria menarik, Sambil makan ilmu ditimba. Kantin SMK TAR tumpuan semua, Bukan sekadar menambah tenaga, Elemen terapi mendamaikan jiwa, Perpaduan dipupuk sepakat bersama. Makanan berkhasiat sentiasa ada, Susu Farm Fresh pilihan utama, Disiplin dan budi bahasa jadi budaya, Berbilang kaum muhibah sejahtera. Tahniah, Kantin SMK TAR yang cantik dan hebat serta mengutamakan pemakanan sihat.