Alamat : SMK Tuanku Abdul Rahman, 73400 Gemas, Negeri Sembilan
Telefon : 07-9481055
Faks : 07-9485792
Blog Sekolah: smktarjuara.blogspot.com
Blog Asrama : perwirakustarjuara.blogspot.com
Facebook Sekolah : https://www.facebook.com/SMKTuankuAbdulRahmanStar
Facebook Asrama :
https://www.facebook.com/groups/astargemas

Carian Blog

Thursday, 5 March 2020

Keputusan SPM 2019 : GPS 4.98 Mengatasi KPI





















Tahniah dan syabas kepada semua pelajar SPM 2019 dan guru-guru SMK TAR. GPS sekolah meningkat dengan pencapaian 4.98 berbanding 5.25 pada tahun 2018. Peratus pelajar mendapat sijil juga meningkat iaitu 80.15% berbanding 74.46 % pada tahun 2018. Pelajar terbaik ialah Koo Jia Wen yang mendapat 10A manakala Pan Hiew Yan dan Tan Kai En mendapat 9A. Yang mendapat 8A ialah Nur Wadihah Mohd Sukri, Norazliyana Jaafar dan Ho Ai Ing. 
      Majlis Keputusan SPM diadakan pada petang 5 Mac 2020 dan dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG, En. Mohd. Yusoff Ismail.

Juara Kejohanan Olahraga PPKI MSSD Tampin 2020


















Tahniah dan syabas. PPKI SMK TAR berjaya menjadi juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Tampin. Kejohanan berlangsung di SMK Bukit Jalor pada 4 dan 5 Mac 2020. Pelajar-pelajar terlibat berjaya memperoleh 12 pingat emas, 9 perak dan 7 gangsa.
     Dua pelajar PPKI SMK TAR juga berjaya menjadi Olahragawati Perempuan Senior dan Olahrawan lelaki Junior. Teruskan kecemerlangan di peringkat negeri pula. Anda Hebat.

Wednesday, 4 March 2020

Program Penetapan Target PT3, SPM dan STPM 2020















































Program Penetapan Target PT3, SPM dan STPM 2020 diadakan pada petang Rabu, 4 Mac 2020. Kehadiran ibu bapa dan penjaga adalah amat menggalakkan. Sesungguhnya, kehadiran dan perbincangan ibu bapa dan guru serta pelajar dalam aku janji pencapaian masing-masing amat bermakna demi kecemerlangan anak-anak.
      Selepas taklimat oleh PK Pentadbiran dan ucapan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Mohd. Yusoff Ismail, semua pelajar melafazkan ikrar aku janji bagi borang penetapan target masing-masing.  Semoga anak-anak 2020 ini akan dapat merealisasikan impian demi masa hadapan yang terbaik.