Alamat : SMK Tuanku Abdul Rahman, 73400 Gemas, Negeri Sembilan
Telefon : 07-9481055
Faks : 07-9485792
Blog Sekolah: smktarjuara.blogspot.com
Blog Asrama : perwirakustarjuara.blogspot.com
Facebook Sekolah : https://www.facebook.com/SMKTuankuAbdulRahmanStar
Facebook Asrama :
https://www.facebook.com/groups/astargemas

Carian Blog

Thursday, 31 January 2019

LDP Bengkel Frog VLE 1 2019

Tekun belajar buat site dan quiz

Tunjuk ajar oleh En. Abd. karim bin Mohamad,
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gemas

 Tunjuk ajar dibantu juga oleh En. Amir Imran bin Mohd. Ali,
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gemencheh

 Guru-guru yang hadir

En. Fazly bin Ibrahim, 
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Rompin
turut membantu sebagai fasilitator bengkel  

Frog VLE boleh akses di telefon pintar, tablet dan laptop

Pn. Zalinda Abd. Rasid, Penyelaras Frog VLE Sekolah


Ke Arah Penggunaan Frog VLE yang lebih aktif

Menggunakan aplikasi baharu dalam frog VLE

Bengkel berlangsung selama 2 jam

Bengkel Frog VLE berlangsung pada 31 Januari 2019 jam 3 petang hingga jam 5 petang. Semua guru menjalani bengkel secara 'hands-on' di Bilik Seminar. Beberapa aplikasi baharu dalam Frog VLE dipelajari seperti Frog Boost selain mengulang kaji kemahiran membina site, memberi assigment kepada pelajar dan membina kuiz.

Terima kasih kepada penceramah dan fasilitator yang dijemput khas dari PKG Gemas, PKG Gemencheh dan PKG Rompin. Terima kasih juga kepada En. Mohd. Safwan bin Roslan, Juruteknik Komputer PKG Gemas yang membantu setting keperluan internet dan logistik bagi memastikan kelancaran bengkel.



Speaker's Corner 2019






Speaker's Corner merupakan budaya baharu yang digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar dapat berkongsi suara hati dan minda mereka pada waktu rehat di satu sudut Kantin Sekolah. Sejak awal tahun, setiap hari wakil pelajar akan berucap di Speaker's Corner. Program ini dijayakan dengan komitmen oleh GKMP Bahasa bersama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris.
        Ada dua waktu rehat di SMK Tuanku Abdul Rahman iaitu Rehat Menengah Rendah dan Rehat Menengah Atas. Pada setiap hari, pelajar akan menggunakan slot ini sama ada Pengucapan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tahniah dan syabas kepada mereka yang berani menampilkan keterampilan dan kebolehan mereka. Semoga lebih ramai yang akan menyerlah.

Wednesday, 30 January 2019

Program Pastri : Pembuatan Roti PPKI
















Salah satu program utama pelajar PPKI SMK TAR ialah kemahiran penghasilan roti dan kek. Di Bilik Pembuatan Roti, pelajar mempelajari kemahiran pastri. Memang berbaloi kemahiran ini. Semoga program mereka kian berkembang dan berpotensi ke arah kemahiran keusahawanan.

Rasa sedap dan harga pun murah. Lazimnya, pelajar yang terlibat akan mengadakan jualan bergerak kepada pelajar dan guru. Tahniah dan syabas.



Tuesday, 29 January 2019

3 Emas Kejohanan Badminton MSSD Tampin 2019






Kejayaan pasukan badminton tahun 2019 lebih manis apabila 3 pingat emas dirangkul oleh pasukan SMK TAR berbanding tahun 2018.
Pencapaian pasukan SMK TAR tahun 2019 adalah seperti berikut :

Perseorangan Lelaki Bawah 18 tahun : Pingat emas
Beregu Lelaki Bawah 18 tahun : Pingat emas
Beregu Perempuan Bawah 18 tahun : Pingat emas
Perseorangan Perempuan Bawah 18 tahun : Pingat perak
Beregu Campuran : Pingat perak
Beregu Perempuan Bawah 15 tahun : Pingat perak dan gangsa
Perseorangan Perempuan Bawah 15 tahun : Pingat perak
Perseorangan Lelaki Bawah 15 tahun : Pingat gangsa
Beregu Lelaki Bawah 15 tahun : Pingat gangsa

Tahniah dan syabas. Semoga lebih berjaya di peringkat negeri.

Kejayaan Boling Tenpin MSSD Tampin 2019

Penyampaian Hadiah oleh Tn. Hj. Hamzah bin Abu, PPD Tampin

Aksi Peserta SMK TAR


Johan Kumpulan Bawah 18 tahun

Guru dan Peserta Bawah 15 tahun

Kedua-dua pasukan boling tenpin berjaya ke peringkat negeri apabila menempa kejayaan. Trio lelaki Bawah 18 tahun berjaya menjadi johan manakala trio perempuan Bawah 15 tahun berjaya mendapat tempat keempat. Tahniah dan syabas.

Saturday, 26 January 2019

Gotong-Royong Sekolah 2019



Pengetua dan YDP PIBG turut bersama

Kelas diceriakan

Guru-guru yang mengecat

Guru Kelas bersama pelajar

Bersama menceriakan kelas

Muafakat membawa berkat

Ke arah kelas yang bersih dan kemas

Suasana kekeluargaan


Semua guru, pelajar, jawatankuasa PIBG dan sekumpulan ibu bapa meluangkan masa pada pagi Sabtu 26 Januari 2019 untuk menjayakan Gotong-Royong Sekolah. Guru kelas dan pelajar di kelas masing-masing manakala kumpulan guru tertentu di lokasi utama untuk mengecat semula tiang dan dinding yang bersesuaian.

Meskipun program selesai jam 12 tengah hari, ada ibu bapa yang sanggup membantu anak-anak mereka di kelas sehingga petang. Bersemangat memastikan kelas yang kondusif dan ceria untuk anak-anak. Anda semua hebat!


Friday, 25 January 2019

Juara Bola Baling Daerah 2019








Tahniah dan syabas. Kedua-dua pasukan bola baling lelaki dan perempuan berjaya menjadi johan kejohanan 2019. Kejohanan berlangsung pada 24 dan 25 Januari 2019.

Bola Keranjang mencipta nama di MSSD Tampin 2019





Pasukan menggegar gelanggang bola keranjang 2019 apabila pasukan bola keranjang lelaki Bawah 18 tahun berjaya menjadi johan daerah manakala pasukan perempuan Bawah 18 tahun mendapat tempat ketiga. Hebat tahun ini. Tahniah dan syabas.