Speaker's Corner merupakan budaya baharu yang digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar dapat berkongsi suara hati dan minda mereka pada waktu rehat di satu sudut Kantin Sekolah. Sejak awal tahun, setiap hari wakil pelajar akan berucap di Speaker's Corner. Program ini dijayakan dengan komitmen oleh GKMP Bahasa bersama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris.
Ada dua waktu rehat di SMK Tuanku Abdul Rahman iaitu Rehat Menengah Rendah dan Rehat Menengah Atas. Pada setiap hari, pelajar akan menggunakan slot ini sama ada Pengucapan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tahniah dan syabas kepada mereka yang berani menampilkan keterampilan dan kebolehan mereka. Semoga lebih ramai yang akan menyerlah.
No comments:
Post a Comment