SMK TAR menerima kunjungan istimewa. Seramai 30 orang guru tingkatan 6 dari daerah Pendang, Kedah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Prauniversiti (Tingkatan 6) di SMK TAR pada 6 September 2019. Mereka mendengar taklimat dan mengadakan sesi dialog bersama pentadbir SMK TAR dan berkongsi maklumat dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar tingkatan 6.
Selepas taklimat, kesemua ahli rombongan melawat pameran dan kelas tingkatan 6. Terima kasih atas kesudian tuan puan berkunjung ke SMK TAR. Semoga jalinan ilmu antara guru-guru kedua-dua negeri akan mencetuskan kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment