Kejohanan Olahraga SMK TAR berlangsung pada 31 Januari 2020. Program bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Sekolah telah mengambil cuti peristiwa untuk kejohanan ini. Acara-acara tertentu telah bermula awal pada 29 dan 30 Januari.
Perasmian penutupan dijalankan di Dewan al Ghazali dan dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Yusoff bin Ismail. Rumah Sukan Bendahara telah menjadi juara keseluruhan manakala johan perbarisan dan johan hiasan khemah ialah Rumah Temenggung. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya memenangi pingat pada tahun ini.