Di SMK TAR, budaya sekolah mempunyai tema pada setiap hari dalam seminggu. Pada setiap hari Isnin, perhimpunan pagi adalah tema budaya salam kasih. Program yang dikendalikan oleh Badan Pengawas ini, mengandungi slot nasihat kerohanian oleh wakil pelajar dan zikir munajat. Aktiviti bersalaman guru dan semua murid mengakhiri slot pagi dapat memupuk budaya penyayang dan guru-guru sempat cakna akan keadaan pelajar dari aspek kebajikan dan kesihatan mereka.
No comments:
Post a Comment