Pagi Jumaat minggu ketiga lazimnya adalah Bacaan Yassin. Bagaimanapun, pagi Jumaat 17 Januari 2020 ada program khas iaitu Program Penyerahan Wakaf al-Quran dan Terjemahan. Sebanyak 50 naskhah al-Quran diserahkan kepada sekolah. Wakaf ini adalah hasil wakaf guru-guru SMK TAR dan juga bakinya daripada wakaf orang ramai yang diuruskan oleh syarikat NZR Supreme.
Tazkirah tentang wakaf turut disampaikan oleh Ustaz Nor Ehsan bin Nordin. Terima kasih kepada semua guru dan AKP yang menyumbang kepada kejaayan program wakaf ini bagi kegunaan di surau sekolah.
No comments:
Post a Comment