Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perhimpunan. Semua pelajar mendengar taklimat tuan pengetua, En. Nor Amai Sham bin Mohd. Nor. Tanpa disangka, SMK TAR menerima kunjungan khas daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Ketua Balai Polis Gemas. Mereka turut berucap menyampaikan nasihat dan panduan dalam menghadapi sesi persekolahan baharu tahun 2020.
Pihak JPNNS memberi pujian dan komen positif berikutan persiapan sekolah yang rapi pada hari pertama. Antaranya, PdPc juga telah berjalan seperti biasa selepas perhimpunan tamat. Pengendalian perhimpunan adalah sepenuhnya dikendalikan oleh Badan Pengawas. Perhimpunan juga menggunakan teknologi projektor LCD kerana ucapan dan taklimat menggunakan powerpoint.
Sememangnya, budaya SMK TAR begitu pada setiap minggu. Selepas nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah serta bacaan doa dan ikrar rukun negara/pelajar, pengawas akan menyampaikan info satu peraturan sekolah dan satu nilai murni.
Guru bertugas juga akan menyampaikan laporan menggunakan powerpoint dan video motivasi berdurasi anggaran 2 minit pada setiap minggu.
No comments:
Post a Comment